Thursday, July 9, 2020

Adab - Tutup Auratmu



Objektif Pembelajaran:
1. Merumus Adab berpakaian yang menepati syara' dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah

Kriteria Kejayaan :
1. Murid dapat menerangkan hukum menutup aurat berdasarkan dalil naqli dan terjemahannya.

2. Murid dapat menjelaskan adab ciri-ciri berpakaian yang menepati syara'

Sila baca  buku teks muka surat 162 hingga 166 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup



Dalil Naqli dan terjemahannya;



Firman Allah S.W.T  diambil dari ayat 31 surah An-Nur yang panjang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” 
(Surah An-Nur : Ayat 31)



Tontonlah video di bawah....mudah-mudahan menambah kefahaman murid






Perintah Allah


Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang diperuntukan menerangkan suruhan Allah kepada umat Islam supaya:
  • 1. Menutup aurat
  • 2. Memelihara kehormatan
  • 3. Menjada suara ketika berhadapan dengan lelaki asing
  • 4. Meminta sesuatu melalui belakang tabir
Membincangkan mengenai suruhan yang pertama iaitu suruhan menutup aurat sinonimnya dikaitkan dengan wanita. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
  • # Pertama : menutup aurat dengan sempurna.
  • # Kedua : menutup aurat tetapi tidak sempurna
  • # Ketiga : langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab : Ayat 59)
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
  • 1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • 2. Bertudung tetapi mengenakan 'T-Shirt' berlengan pendek.
  • 3. Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
  • 4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
  • 5. Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • 6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
  • 7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan        dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
  • 8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher tengkuk dan dadanya.


No comments:

Post a Comment