Thursday, August 6, 2020

Utusan Yang Mulia



Objektif Pembelajaran:
1. Meyakini konsep beriman kepada Rasul dan mengaplikasikan dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah

Kriteria Kejayaan :
1. Murid dapat menyatakan 2 bukti beriman kepada Rasul melalui tindakan.

2. Murid dapat meyatakan 2 contoh perbuatan Rasulullah yang boleh dijadikan ikutan dalam kehidupan

Sila baca  buku teks muka surat 91 hingga 98 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup



A: BERIMAN KEPADA RASUL

    Beriman kepada rasul-rasul adalah suatu tuntutan syarak dan menjadi salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Beriman dengan para nabi dan rasul membawa maksud beriman dengan Rasul yang Allah sebutkan nama mereka dalam Al-Quran. Selain itu, golongan mukallaf juga wajib beriman bahawa Allah juga mengutuskan rasul-rasul lain yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di mana bilangan mereka tersangat ramai. Rasul ialah lelaki yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. dari kalangan manusia untuk menjadi utusan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan memberi berita gembira kepada orang yang beriman berupa balasan yang baik sebagai ganjaran atas keimanan, ketaatan dan kebaikan yang dilakukan serta memberikan berita menakutkan kepada orang yang kufur bahawa mereka akan menerima balasan azab atas kekufuran dan keingkaran mereka. Hikmah perutusan rasul ini ialah untuk Allah menyempurnakan panduan yang diperlukan oleh manusia bagi mengekalkan keturunan manusia, menyusun sistem hidup mereka dan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


C: Penjelasan tambahan tentang beriman dengan Rasul

    * Mari kita selusuri laman sesawang berikut (Laman Sesawang Mufti Melaka) untuk mengetahui lebih mendalam;
      


       
Lihat dalam website berikut perkara-perkara di bawah;

        a.Bilangan Nabi Dan Rasul
        b.Nama-Nama Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui
        c.Rasul-Rasul Ulul Azmi
        d.Sifat-Sifat Yang Wajib Bagi Rasul
        e.Sifat-Sifat Yang Mustahil Bagi Rasul
        f.Sifat-Sifat Yang Harus Bagi Rasul


No comments:

Post a Comment