بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Objektif Pembelajaran:
1. Menganalisis kepentingan memuliakan tetamu.
2. Mengamalkan dan menghayati tuntutan hadis dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
2. Mengamalkan dan menghayati tuntutan hadis dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
Kriteria Kejayaan :
1. Murid dapat menganalisis tuntutam hadis dan mengamalkan dalam kehidupan.
2. Murid dapat menilai kepentingan tuntutan hadis dan mengamalkan secara beradab.
Sila baca buku teks muka surat 50 hingga 54 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup
Dalam hadis yang lain
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
1. Orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul.
2. Di antara sifat orang yang beriman dan bertaqwa ialah bercakap dengan perkataan yang baik serta berdiam diri dari bercakap perkara yang sia-sia.
3. Memperkatakan sesuatu yang sia-sia adalah satu sifat yang keji di dalam Islam. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik.
4. Antara tanda kesempurnaan iman ialah memuliakan tetamu kerana mengharapkan ganjaran dari Allah SWT.
Klik Link ini - video di bawah dan nyatakan pendapat anda tentang layanan kepada tetamu
Dengar nasihat ini....
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam.”
(HR Bukhari, no. 5673 – Status Hadis Sahih)
Kata Al-Munawi :
“Iaitu dia hendaklah memuliakan tetamunya sama ada kaya atau miskin. Sambut tetamu dengan wajah yang ceria, beri hadiah dan membalas ziarah tersebut dengan menziarahi dan bertandang ke rumah tetamu tersebut.” Rujuk Faidh Al-Qadir (6/209)
2- Menyambut Tetamu Adalah Sunnah Nabi SAW
Menyambut dan melayan tetamu juga adalah sunnah Nabi SAW. Nabi SAW sentiasa dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keperluan dan Nabi SAW tidak pernah menolak permintaan.
Imam Al-Nawawi berkata :
“Melayan tetamu adalah sunnah. Jika seseorang bertandang ke rumahnya dan tidak ada mudarat baginya, sunat baginya untuk melayan tetamu tersebut.”
Rujuk Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab (9/57)
Selain itu, Rasulullah SAW juga mengamalkan berjabat tangan atau bersalam.
عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ
Daripada Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”.
(Sahih Bukhari, no. 5908, Status Hadis Sahih)
3- Perjalanan Dipermudahkan Dan Disediakan Tempat Di Syurga
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya :”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”
Riwayat Al-Tirmizi (2008)
4- Pertemuan Dua Muslim Menggugurkan Dosa
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah”
(Sunan Abi Daud, no. 5212 – Status Hadis Sahih)
عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ
Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Jika seorang mukmin bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya lalu menjabatnya, maka berguguranlah dosa-dosa mereka seperti gugurnya daun-daun dari pepohon”
(Mu’jam Awsat li Tabarani, no. 247)
5- Tanda Orang Beriman Ialah Mengasihi Saudaranya
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
“Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam diantara kalian.”
(Sahih Muslim, no. 54 – Status Hadis Sahih)
6- Berjabat Tangan Menghilangkan Kebencian Dan Mengeratkan Hubungan
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ
Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam”
(Muwatta, no. 1685)
Kesimpulan
Anjuran memuliakan tetamu serta menghubungkan silaturahim dalam hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa Islam juga mementingkan hubungan persaudaraan sesama manusia. Agama Islam bukan hanya tentang ibadah dan hubungan dengan Allah semata-mata. Iman seseorang itu juga dikira tidak sempurna selagi dia tidak mencintai dan mengambil berat tentang saudaranya yang lain.
Soalan kefahaman
No comments:
Post a Comment