بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Objektif Pembelajaran:
1 Membuktikan keimanan terhadap nama Allah Al-Azim dan Al-Hamid dalam kehidupan.
2. Mengagungkan kebesaran Allah dan syukuri nikmatnya secara beradab dan istiqamah
2. Mengagungkan kebesaran Allah dan syukuri nikmatnya secara beradab dan istiqamah
Kriteria Kejayaan :
1. murid dapat menyatakan keimanannya kepada nama Allah Al-Azim dan al-Hamid
2. Murid dapat merasai nikmat kurniaan Allah kepada makhluknya berdasarkan nama Allah Al-Azim dan al-Hamid secara konsisten
Sila baca buku teks muka surat 84 hingga 87 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup
Perhatikan dan fikir-fikirkan
2. Murid dapat merasai nikmat kurniaan Allah kepada makhluknya berdasarkan nama Allah Al-Azim dan al-Hamid secara konsisten
Sila baca buku teks muka surat 84 hingga 87 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup
Perhatikan dan fikir-fikirkan
1. Apakah kehebatan ciptaan ini?
Siapakah yang menciptakannya?
Adakah yang menciptakan begitu agung?
Pernahkah ciptaan ini menyusup di celah-celah pokok seperti burung atau seperti itek yang terjun dari udara menangkap ikan?
2. Bagaimana pula dengan alat ini? Apakah keistimewaan alat ini? Saya percaya murid pernah menggunakannya. Cuba murid-murid senaraikan keistimewaannya....
Siapakah yang membuatnya?
Adakah yang menciptakan alat begitu istimewa?
Adakah ia amat membahagiakan penggunanya?
Bolehkah alat ini mengingati peristiwa yang manis sebaik ibu anda mengingati hari lahir murid?
Bolehkah alat ini menimbulkan kasih sayang sebaik ini...?
Jika diberi murid pilihan antara handphone i Phone dan ibu, manakah yang murid pilih...?
3. Cuba murid perhatikan haiwan ini...Adakah haiwan ini sangat kuat?
Oooop...tetapi haiwan ini juga menjadi mangsa....
tetapi manusia juga yang dapat menguasai?
4. Lihatlah alam yang cantik ini ....
manusia hanya mampu mengusahakan namun tidak mampu mengadakannya...
Penjelasan-
1. sehebat mana ciptaan manusia tidak mampu mengatasi ciptaan Allah (sebagaimana Jet dan itek)
2. Ciptaan manusia tidak dapat melahirkan perasaan seperti kasih sayang, suka dan sebagainya (sebagaimana handphone dan ibu)
3. Antara hidupan di dunia ini, manusialah yang lebih baik penciptaan disebabkan akalnya (sebagaimana buaya, harimau dan manusia). Namun yang mencipta manusia sudah tentu lebih hebat kekuasaanNYA.
4. Walaupun manusia dapat menguasai bumi, tetapi manusia tidak mampu mengatasi kekuasaan Allah (sebagaimana ciptaan Allah).
* Maka adalah tidak layak manusia berbangga diri, bermegah-megah dan meminta disembah. Justeru hanya Allah sahaja yang layak disembah - Tiada tuhan lain melainkan Allah sahaja yang bersifat Al-Azim - (Yang Maha Agong) dan Al-Hamid (Yang Maha Terpuji).
Maklumat dibawah adalah maklumat tambahan.