بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Objektif Pembelajaran:
1 Mengamalkan konsep bersuci daripada najis Mukhaffah, Mutawassitah dan Mughallazah dengan betul secara beradab dan istiqamah.
Kriteria Kejayaan :
1. Murid dapat menghuraikan kepentingan bersuci dalam kehidupan harian
2. Murid dapat menjaga kebersihan dan kesucian dalam semua aspek kehidupan secara beradab dan istiqamah
Sila baca buku teks muka surat 114 hingga 121 Pendidikan Islam Tahun 4. Apabila telah baca buku teks dan maklumat di bawah sila jawab soalan yang di sms pada jam 11 pagi dalam group whatsup
BERSUCI DARIPADA NAJIS
BERSUCI dalam istilah bahasa bermaksud membersihkan diri dari kekotoran. Dalam istilah syarak ialah menghilangkan atau mengangkat segala perkara yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain sama ada hadas atau najis.
NAJIS pula bermaksud segala kekotoran yang menghalang daripada sahnya ibadat seperti sembahyang.
Najis terbahagi kepada dua iaitu Najis Ainiyah (yang dapat dilihat dengan mata) dan Najis Hukmiyah (najis pada hukumnya).
Bersuci adalah bagian terpenting dari kehidupan seorang muslim. Bersuci berkaitan erat dalam hal sah atau tidaknya ibadah yang kita lakukan. Ini dapat dibuktikan melalui :
-Dari Abi Malik Al Harits Bin ‘Ashim Al Asy’ary (r.a) katanya, Rasulullah S.A.W bersabda :
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
...Kesucian itu sebahagian daripada iman.
( Hadis Riwayat Muslim).
-Malah secara hukumnya berdasarkan Al Qur’an dan hadis bersuci adalah wajib seperti mana yang disyariatkan oleh Allah S.A.W di dalam firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.
(QS. Al-Baqarah : 222)
DALAM PEMBAHAGIAN YANG LAIN
-Najis terbahagi kepada TIGA bahagian :
a) NAJIS MUKHAFFAFAH (najis ringan)
maksudnya :
Najis yang ringan iaitu air kencing bayi lelaki yang belum berusia dua tahun dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata.
Cara bersuci daripada najis Mukhaffafah
b) NAJIS MUTAWASITTAH (najis pertengahan)
maksudnya :
i) segala yang keluar dari qubul dan dubur manusia atau haiwan seperti mazi, wadi, kencing, najis manusia dan haiwan melainkan air mani manusia.
ii) Darah selain dari hati dan limpa, nanah, muntah, bangkai binatang yang mengalir
darahnya.
iii) Arak dan segala jenis yang memabukkan.
iv) Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
Cara bersuci daripada najis Mutawassitah
c) NAJIS MUGHALLAZAH (najis berat)
maksudnya :
najis yang tidak dimaafkan iaitu najis anjing dan babi serta anak yang terjadi dari percampuran kedua binatang itu dengan binatang lain. Maka segala binatang ini sama ada dagingnya, air liurnya, bulunya, lemaknya, tulangnya, peluhnya, kotorannya dan lain-lain mengenainya adalah najis Mughallazah.
Carta menunjukkan bahawa apa sahaja yang terhasil dari babi adalah najis Mughallazah
Cara bersuci daripada najis Mughallazah
Antara kepentingan bersuci dalam Islam termasuklah:
1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.
2. Tidak diterima sesuatu ibadat dalam keadaan berhadas.
3. kebersihan adalah sebahagian daripada iman
4. Menjauhkan diri daripada terkena penyakit.
Apakah perbezaan antara amalan orang yang bersuci dengan yang pengotor?
Ya,...memang ada perbezaan, diantara perbezaan tersebut;
1. Orang yang menjaga kebersihan, hanya mengambil makanan yang halal dan berkhasiat sahaja, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan suka mengambil makanan yang haram dan tidak berkualiti.
2. Orang yang menjaga kebersihan akan menjaga kebersihan pakaian, tubuh badan, dan tempat tinggal supaya amalannya diterima oleh Allah swt., manakala orang yang tidak menjaga kebersihan tidak akan mengambil berat tentang kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.
3. Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa menjaga kewarasan akal fikiran, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan akan sering melakukan perkara yang boleh merosakkan kewarasan akal seperti minum arak dan berjudi.
4. Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa dalam keadaan berwudhu`, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan, amalannya ditolak dan akan diazab oleh Allah swt.
5. Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara, dan juga akan berakhlaq luhur dan mulia, manakala orang yg tidak menjaga kebersihan akan bersikap malas dan berfikiran negatif dalam kehidupan, dan juga mempunyai akhlaq dan prilaku yang buruk.
Apakah hikmah bersuci itu?
1. Mencerdaskan akal fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
2. Kehidupan yang aman dan hamonis kepada seluruh ahli keluarga.
3. Pelbagai penyakit berjangkit akan dapat dihindari dalam masyarakat.
4. Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam yang bekerja dengan bersungguh-sungguh lantaran sikapnya yang positif.
Soalan Kefahaman. Sila klik Pautan soalan di bawah;